fbpx

Aishah Hampir Pitam Nyanyi Lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’

Akui bukan tugas mudah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35), penyanyi Aishah berkata dia perlu bersedia dengan reaksi daripada penonton.

Menyedari tugas yang digalas tidak semudah yang disangka dan ia satu pengalaman yang cukup menakutkan, Aishah berkata dia hanya mempunyai masa lima hari untuk membuat persiapan sebelum melakukan persembahan.

BACA: “Satu Penghormatan Bila Kak Aishah Nyanyi Lagu Saya”

“Permintaan untuk menyanyikan lagu ini datag dari panggilan dari Rozie bagi pihak Siti Nurhaliza Production petang Isnin lepas. Hahahah, Saya hanya ada 5 hari buat persiapan, baju semuanya.

“Terima kasih Allah. Satu pengalaman yang sangat menakutkan. Adakalanya, memang mudah mengkritik tetapi tugasnya bukanlah semudah yg disangkakan.

“Cakaplah apa saja yang anda mahu. Penyampaian tak sampailah, hanya sekadar legend saja, tapi penyanyi sebenar yang saya menyanyikan lagunya menerima persembahan saya,” katanya

Dalam pada itu, Aishah mengakui dia hampir pitam ketika membuat persembahan. Ujarnya, dia seolah hilang keseimbangan dan kepalanya berpusing ketika mula-mula menyanyi.

“Tidak tahu sama ada saya terlalu fokus, penat atau kurang makan. Tetapi ketika mula-mula menyanyi, saya angkat kepala sahaja terus rasa berpusing. Kepala saya pening dan badan saya rasa terhuyung hayang dari ‘verse’ pertama dan kedua.

“Mungkin kerana terlalu fokus dan tarik nafas terlalu dalam sehingga saya merasakan sudah hilang keseimbangan badan ketika itu.

“Dalam hati saya berkata ‘ Ya Allah saya tak nak buat sejarah pitam di atas pentas’. Saya tak tahu bagaimana masih mampu menyanyi dalam keadaan yang sebegitu. Alhamdulillah, saya dapat habiskan lagu dan saya tak hilang keseimbangan,” tulisnya.