fbpx

Aidil Zafuan: Burukkan Nama Isteri, Tuduhan Rita Melampau

Semalam ianya menjadi perhatian ramai apabila Rita Rudaini mendedahkan yang isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal telah menyekat beliau dari terus berkomunikasi dengan bekas suaminya itu melalui aplikasi Whatsapp & WeChat.

BACA: Rita Rudaini Dakwa Isteri Aidil Zafuan Sekat Komunikasi Antara Mereka

Itu kisah dari sebelah pihak sahaja dan hari ini melalui mStar Online, Aidil Zafuan telah tampil memberikan kenyataan dari pihaknya yang menyatakan tuduhan Rita Rudaini itu sebagai sesuatu yang melampau dan mahu memburukkan nama isterinya, Zarema Zainal.

“Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini,” ujar Aidil Zafuan.
“Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsApp dan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau”

“Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus? Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah burukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial”

Rita Rudaini Tidak Balas Mesej Tanya Khabar Anak

Aidil Zafuan juga menjawab tuduhan yang beliau tidak datang menjenguk anak sejak berkahwin & beliau sendiri mengakui perkara itu kerana duduk jauh di Johor kerana bekerja.

“Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya? Dia tak jawab pun,” tambahnya.

Pemain bola sepak ini juga menambah yang beliau sudah penat menghadapi cacian orang ramai selepas berkali kali diserang sebagai tidak bertanggungjawab terhadap anak dan meminta Rita Rudaini untuk berhenti mereka reka cerita. (rtky/m)