Aeril Zafrel Enggan Hantar Anak Masuk Asrama Sebab Kes Buli

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel tiada rancangan untuk menghantar anak-anaknya ke asrama disebabkan kes buli dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan.

Memetik Kosmo, Aeril berkata dia juga tidak mahu berjauhan dengan anak-anaknya serta mahu melihat mereka membesar di depan mata.

BACA: “Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa” – Aeril Zafrel Tak Pernah Terdetik Curang

“Dari sisi pandangan saya, masuk sekolah berasrama ini ada bagusnya juga untuk anak-anak supaya mereka lebih fokus belajar dan berdikari.

“Tapi macam saya nak lebihkan masa saya dengan mereka sebab saya nak tengok mereka membesar depan mata saya sendiri.

“Kalau nak diikutkan memang takut tetapi budaya buli bukan hanya di asrama sahaja, sekolah biasa pun ada berlaku,” katanya.

Sementara itu, Aeril turut mengingatkan peranan utama ibu bapa untuk mengingatkan anak-anak tidak terlibat dengan gejala buli.

Tambah Aeril lagi, dia sanggup bangun awal pagi untuk menghantar anaknya sekolah kerana mahukan momen tersebut meskipun mampu untuk mengupah pemandu.

“Saya sanggup bangun 6.30 pagi sebab nak ada momen hantar anak pergi sekolah. Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja upah sesiapa, tetapi pada saya itu sahaja momen dengan mereka yang saya mampu buat. “Kalau mereka sudah dewasa tak dapat rasa semua itu, momen itu yang saya enggan terlepas,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×