fbpx

Adik Nadia Brian Dakwa Muizz Ada Masalah Mental?

Kemelut rumah tangga Nadia Brian hangat diperkatakan apabila suaminya, Mu’izz Nasruddin mendakwa melihat pelakon itu curang di depan matanya serta mempunyai bukti isterinya bersama lain di sebuah hotel.

Susulan pendedahan itu, Instagram Nadia dibanjiri dengan komen kecaman netizen. Namun, seorang wanita menggunakan akaun @lydiabrian dipercayai adik Nadia tampil ke hadapan demi mempertahankan maruah kakaknya.

BACA: “Nafkah Cukup Aku Tunaikan, Aku Hanya Tak Mampu Hadiahkan Kau Rumah”

Menerusi beberapa posting di Instastory, Lydia mendakwa Mr M dipercayai Muizz yang juga abang iparnya itu seperti mempunyai masalah mental kerana pandai berlakon untuk meraih simpati orang ramai.

Dakwanya lagi, tindakan Muizz mendedahkan isu hal rumah tangga di media sosial, kemudian mengganggu karier dserta kehidupan Nadia disifatkan sebagai perkara tidak normal.

Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsikan mesej daripada seorang netizen yang mengatakan bahawa kakaknya yang berusia 29 tahun itu seorang yang lembut dan tidak sombong.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, wanita itu turut menasihati netizen agar tidak melemparkan tuduhan tidak berasas serta tidak menjaga hal tepi kain keluarga mereka.

Dalam satu posting perkongsian kakaknya, Lydia turut membalas komen seorang netizen menggelarkan kakaknya seorang wanita yang tidak baik susulan dakwaan Muizz yang melihat sendiri isterinya berlaku curang.

Terdahulu, Nadia mengakui suaminya sudah menfailkan perceraian dan berharap suaminya akan terus melafazkan cerai di mahkamah nanti. Ujarnya, dia sudah tawar hati serta menyifatkan suaminya seorang yang banyak kerenah, namun tidak dapat didedahkan kepada umum demi menjaga aib.