Adik Mira Filzah Bagi Hint Hubungan Cinta Kakak & Wan Emir

Komen adik Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah menjadi perhatian ramai apabila menggunakan panggilan abang ipar kepada Wan Emir Astar ketika menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-30 lelaki itu.

Ucapan ringkas ‘Happy Birthday BIL’ (brother-in-law) itu sekaligus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.

BACA: “Doakan Semoga Urusan Perkahwinan Dipermudahkan”

Dalam masa sama, Wan Emir dilihat ada memuat naik foto samar-samar yang menampakkan cincin di jari manis serta turut di ‘tagged’ nama Mira Filzah dan ibunya, Datin Mastura Yazid.

Menerusi perkongsian itu, Wan Emir meluahkan rasa syukur dengan segala kebaikan yang datang dalam kehidupannya dan tidak lupa mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan.

https://www.instagram.com/p/CA-f2liJr0k/?utm_source=ig_embed

“Hari demi hari, hanya ingin menjadi anak lelaki yang lebih baik, pasangan yang lebih baik, rakan yang lebih baik, orang yang lebih baik dan hamba yang lebih baik, kepadaMu.

“Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih yang kepada semua untuk segalanya.

“Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua,” tulisnya.

Terdahulu, teka-teki status pelakon cantik itu terjawab apabila dia mengesahkan hatinya sudah pun dimiliki. Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika siaran langsung di Facebook bersama Ustazah Asma’ Harun.

Mira mendedahkan bahawa dia dan keluarga sebelah lelaki sudah pun bertemu. Mendengar kenyataan itu, Ustazah Asma’ menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara kedua belah keluarga merupakan tanda ikatan pertunangan.

×