Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kontroversi membabitkan pempengaruh media sosial, Alif Teega yang mengesahkan sudah pun berkahwin lain.
Terbaru, adik kepada Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story tidak takut risiko selepas memuat naik perkongsian mengenai abang iparnya itu.
BACA: Adik Ipar Dakwa Alif Teega Pernah Pukul Aisyah Hijanah?
Dalam masa sama, Amirul turut mencabar Alif untuk bersemuka dengan keluarganya serta berbincang secara profesional.
“Bila dah sedia untuk berkongsi sesuatu di media sosial, awak juga kena bersedia untuk terima risiko dan kesan!
“Tolong jadi bijak dalam isu ini. Datang sini dan bincang dengan kami secara profesional. Jumpa umi dan keluarga Aisyah di sini dekat rumah secara berdepan,” tulisnya.
Malah, Amirul sempat menyindir abang iparnya dengan berkata sekiranya Alif mempunyai ‘keluarga baru’ sebagai tanggungjawab baru.
Terdahulu, adik kepada Aisyah itu mendakwa kakaknya pernah dipukul oleh Alif. Malah, Amirul turut mendedahkan nama wanita didakwa penyondol rumah tangga kakaknya.