“Ada Yang Minta Saya Kalahkan Aina Abdul & Ernie Zakri”

Nampaknya Anugerah Juara Lagu ke-39 kali ini sememangnya dinanti ramai apabila penyanyi Hafiz Suip kembali bersaing di pentas berprestij itu.

Memetik Media Hiburan, Hafiz mengakui teruja untuk kembali bersaing  dan sedang memberi tumpuan sepenuhnya dari aspek tekninal dalam persembahan.

BACA: “Anak-Anak Terseksa, Saya Sanggup Buat Apa Saja Untuk Mereka” – Hafiz Suip

“Dari segi mental dan fizikal, saya sudah pun membuat persediaan. Saya juga sebolehnya tidak mahu terganggu dengan perkara-perkara lain.

“Fokus saya ketika ini dari segi teknikal dan apa yang saya nak buat di atas pentas bersama pengarah muzik. Insya-Allah saya akan berjumpa mereka minggu ini untuk buat keputusan akhir,” katanya.

Teruja melihat kemeriahan AJL39, Hafiz berkata ada peminat yang memintanya untuk kembali merampas trofi Vokal Terbaik serta menewaskan Aina Abdul dan Ernie Zakri.

“Dari segi vokal, ada yang minta tolong saya kalahkan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Mereka (netizen) ini sangat ‘daring’. Apapun, saya tetap bertenang.

“Saya anggap perkara ini hanyalah salah satu kemeriahan dan debaran AJL. Saya seronok dengan suasana seperti ini bila ada fans yang saling menyokong artis kesukaan mereka.

“Bagi saya, ia adalah persaingan yang sihat. Janganlah pula kita sampai bermasam muka. Inilah adat dan keseronokkan AJL,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan

×