Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mendakwa pihak plaintif sememangnya ada surat sita aset daripada mahkamah, tetapi tidak mempunyai waran masuk ke dalam rumahnya.
Menerusi sesi live di TikTok malam tadi, Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah selepas dibenarkan oleh pekerjanya namun tanpa pengetuannya.
BACA: “Kontraktor Enjoy Makan Duit Dulu, Kerja Tak Siap” – DSV
“Sebab ex-parte (sebelah pihak) tanpa kehadiran boleh ambil penghakiman. Ini saya tahu pada hari kejadian sita rumah.
“Staf tak boleh hubungi saya kerana dalam perjalanan ke luar negara, maka mereka buat keputusan sendiri. Diberitahu ada sita.
“Sepatutnya ada satu lagi surat. Sita barang ada, surat masuk rumah tak ada, tetapi atas kerjasama staf yang saya pun tak tahu, mereka (plaintif) dipersilakan masuk,” katanya.
Isnin lalu, media melaporkan Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman gagal melunaskan hutang sebanyak RM1,060,285 untuk pengubahsuaian kilangnya di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada 2018.
Empat kereta mewah milik beliau turut disita iaitu Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 serta semua barangan di dalam rumah berkenaan.
SUMBER: Astro Awani