Pelakon Muntazar Ghufran berkata dia tidak serik untuk membuka hati mencari pengganti meskipun sebelum ini gagal dalam hubungan cinta.

Memetik mStar Online, Muntazar bagaimanapun tidak mahu terburu-buru kerana mahu memberi fokus dengan kehidupannya terlebih dahulu dan sudah move on dengan hubungan lalu.

BACA: Muntazar Akui Disebabkan ‘Trade’ Antara Punca Kewangan Terjejas

“Saya memang dah lama move on pun, cuma bila cerita-cerita seperti ini timbul mungkin ramai sangka saya tak move on. Ada saja perempuan yang ingin mendekat tapi buat masa ini saya nak fokus kehidupn saya dulu.

“Saya pun terbuka sekiranya mereka ajak berkelanan bagi saya tak salah pun untuk berkawan. Tapi untuk ke arah serius buat masa ini belum lagi,” katanya.

Sementara itu, Muntazar berkata dia kini sibuk dengan perniagaan jenama pakaian yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan tak mahu menggunakan isu membabitkan dirinya untuk namanya dikenali.

“Sekaran saya sedang uruskan pakaian saya sendiri, yang penting modal lebih RM500.Tapi saya bukan gunakan isu ini untuk dikenali. Saya nak menjaga nama baik. Lagipun saya sudah terkenal dengan pelbagai drama,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×