Abang Restu Hubungan Syed Saddiq Dengan Bella Astillah

Hubungn mesra antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah semakin hangat diperkatakan di media sosial.

Nampaknya, abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah merestui hubungan ahli politik itu dengan Bella serta memberi sokongan penuh.

BACA: Syed Saddiq Tidak Nafi Atau Sahkan Bercinta Dengan Bella Astillah

@grumpymunchkin_bbss

Greenlightttt dari abg yb guysssss , kitaa sama² doakan mereka berjodohh aminn ?? @Bella Astillah @Syed Saddiq @spacedollah #xyzabc #4u #foryou #bass #syedsaddiq #bellasaddiq #spacedollah

? suara asli – Morde Sawaki – Morde Sawaki

Menjawab pertanyaan netizan di media sosial, Syed Abdullah turut mengakui bahawa pasangan terbabit sangat sepadan.

“Setuju 100 peratus. Kalau boleh kita sama-sama doakan mereka ada jodoh. Kita sama-sama doakan sesuatu yang baik berlaku.

“Sebab satu perkara yang saya perasan, saya kenal adik saya lama dan saya jarang nampak dia gembira macam ni. Jadi bila dia gembira, ia buat saya gembira,” katanya.

Terdahulu, menerusi dalam satu podcast, Saddiq enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Bella.

Ahli Parlimen Muar itu berkata dia memberi bayangan bahawa apa saja boleh berlaku dalam perhubungannya dengan Bella sama seperti dunia politik.

×