fbpx

“Pihak Produksi Masukkan Neelofa Di Saat Akhir”

Masih mengenai kontroversi panas Fattah Amin menghilang. Turut diundang bersama ke program MeleTOP, Fahrin Ahmad memberitahu beliau juga terkejut apabila Fattah tiba-tiba saja hilang dari set semalam.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Menurut Fahrin, sepatutnya beliau dan Fattah sahaja hadir ke pembukaan MeleTOP tanpa melibatkan pengacara. Tetapi tiba-tiba sahaja, pihak produksi mengubah rancangan, memasukkan Neelofa dan Nabil Ahmad sekali.

BACA: “Jika Fattah Tak Mahu Jumpa Neelofa, Dari Awal Lagi Dia Tak Datang Ke Set MeleTOP”

“Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat akhir yang turut ada Neelofa dan Nabil”

“Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpinga-pinga kemana dia menghilang secara tiba-tiba. Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada m Star Online.

Jelas Fahrin lagi, sehingga kini beliau tidak pasti mengapa Fattah menghilangkan diri dari set semalam. Hmm, macam berbeza kenyataan pihak Astro dan cerita disebalik yang berlaku di depan mata Fahrin. Makin keliru pula dibuatnya, harap peminat Fattah dan Neelofa terus bersabar. (rtky/w)