fbpx

Buat Gadis Yang Masih Belum Berkahwin, Video Ini Khas Untuk Anda

Kami baru tahu sebenarnya di China, ada terma khas untuk gadis yang berumur 25 tahun ke atas dan masih belum berkahwin iaitu Sheng Nu atau leftover woman. Agak kejam sebenarnya gelaran tersebut dan ianya menjadi isu sejak sekian lama di China.

Menurut laporan New York Times, terma itu dipopularkan oleh All-China Women’s Federation pada tahun 2007 dan sejak itu ianya sering digunakan secara meuas di media massa sebagai gelaran kepada yang atas apa juga alasan menunggu untuk kahwin — atau mahu kahwin kerana cinta, bukan paksaan budaya semata.

Screen Shot 2016-04-18 at 1.45.06 PM

Menyedari akan fenomena memberikan gelaran tidak elok kepada golongan tersebut, jenama penjagaan kulit ternama SK-II tampil dengan sebuah filem pendek berjudul Marriage Market untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa di China tentang anak gadis mereka.

Marriage Market mengambil inspirasi dari budaya ibu bapa yang hadir ke sebuah pasar yang mana mereka akan mengiklankan biodata anak mereka yang masih belum berkahwin untuk dijodohkan dengan mereka yang masih bujang.

Dalam sesetengah kes, ada wanita yang tidak sedar diri mereka diiklankan oleh ibu bapa dalam marriage market tersebut dan ini menunjukkan betapa berbezanya pandangan dua generasi terhadap institusi perkahwinan.

Golongan wanita sebegini juga sebenarnya tersepit antara menurut kehendak ibu bapa untuk berkahwin atau menurut kata hati untuk menunggu cinta sejati sebelum menempuh alam perkahwinan yang bagi mereka bukan mudah ketika ini.

Dalam video di atas, gadis gadis yang digelar Sheng Nu mengambil inisiatif bersama SK-II untuk tampil ke hadapan menyuarakan isi hati mereka terhadap fenomena ini selain mahu membukti yang mereka juga mampu hidup berdikari dan bahagia jika belum berkahwin.

Kami suka akan apa yang gadis gadis ini lakukan bersama SK-II, mereka berani tampil menyatakan yang mereka okay jika masih belum berkahwin dan mereka juga okay untuk menunggu cinta sejati mereka demi kebahagiaan masa hadapan.