fbpx

Fiza Elite Selamat Nikah Juruterbang Duda

Mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan terdahulu, khabarnya kini Fiza Halim sudah berumah tangga sekali lagi. Melalui perkongsiannya di Instagram, Fiza terbuka memuat naik gambarnya membetulkan butang baju melayu jejaka terbabit yang dikenali sebagai Jefri.

Tidak menyatakan dengan jelas statusnya kini, peminat mula mempersolkan gerangan lelaki terbabit yang kelihatan mesra menyambut hari raya bersama Fiza. Bagiamanapun hasil soal siasat peminat, akhirnya terbongkar bahawa lelaki itu sememangnya suami baru Fiza.

Masih tidak mengetahi bilakah mereka selamat dinikahkan, tetapi gambar yang dimuat naik di Instagram Jefri menunjukkan Fiza bersalaman serta mencium tangannya sudah cukup menjelaskan segalanya. Malah banyak juga gambar mereka meyambut hari raya bersama dimuat naik.

Pun begitu menurut laporan Utusan Online, Fiza masih belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai perkara itu namun dalam masa yang sama tidak menolak statusnya kini bergelar isteri orang. Apapun tahniah diucapkan kepada Fiza diatas perkahwinan ketiga ini. (rtky/w)