Pengerusi Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyarankan tiga garis panduan kepada selebriti tanah air yang telah berhijrah agar mereka dapat menjaga kesucian Islam sesuai dengan penghijrahan yang dilakukan.
“Sewajarnya kita patut beri ucapan tahniah dan perghargaan kepada mereka kerana tranformasi serta penghijrahan dilakukan tetapi semua pihak harus mengambil perhatian bahawa aurat ini bukan sekadar menutup sahaja”
“Mereka juga harus memastikan bahawa pakaian yang dipakai tidak ketat dan jarang sehinggakan ia boleh menampakan susuk serta bentuk tubuh badan sesorang kerana ini akan menjadikan orang ghairah apabila melihat,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Nooh dalam masa yang sama berharap agar artis yang sudah berhijab tidak putus asa dalam memperbaiki diri pada masa hadapan dan sentiasa istiqamah (berterusan) dalam menutup aurat.
Selain itu, Nooh juga menasihatkan agar masyarakat di luar sana harus memberi ruang kepada seseorang artis ini untuk berubah secara berperingkat agar golongan berekenaan dapat memperbaiki diri masing-masing. (rtky/s)