fbpx

Tidak Restu Kahwin Satu Lagi, Penyanyi Belasah Isteri Pertama

Baru baru ini kecoh apabila seorang vokalis kumpulan yang pernah popular suatu masa dahulu mengakui yang dirinya sudah berkahwin lain namun kenyataan isteri pertama yang tidak merestui perkahwinan itu mengundang konflik baru antara mereka.

Hari ini kami menerima screenshot perbualan antara dua orang teman rapat kepada isteri pertama penyanyi ini yang menceritakan keadaan wanita itu yang kini seakan diabaikan oleh suaminya selain menerima penderaan fizikal kerana memberikan kenyataan media.

Penyanyi Kahwin Baru, Belasah Isteri Pertama #4 - ROTIKAYA

Dalam perbualan di atas, si pengirim mesej pertama turut memaklumkan yang isteri penyanyi itu sudah keguguran kerana dibelasah — teruk juga bunyinya kalau sampai gugur kandungan.

Penyanyi Kahwin Baru, Belasah Isteri Pertama #5 - ROTIKAYA

Si pengirim mesej turut memaklumkan yang anak sulung penyanyi ini bersama isteri pertama turut tidak berbuat apa apa untuk mempertahankan ibunya dalam soal ini selain turut menghabiskan masa dengan teman wanita sendiri.

Dalam mesej yang sama khabarnya isteri pertama penyanyi tidak berani untuk mengambil tindakan atau melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana risaukan reputasi tercalar — tidak pasti reputasi siapa yang dirisaukan.

Penyanyi Kahwin Baru, Belasah Isteri Pertama #6 - ROTIKAYA
Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh pengirim kami ini, nampaknya semakin terserlah perangai dayus penyanyi lelaki ini selain sudah masanya isteri pertama ambil tindakan untuk tidak lagi hidup bersama — lelaki ringan tangan, bahaya. (rtky/m)