VIDEO HARI INI: Pendek sahaja video hari ini tidak sampai 30 saat pun. Ini dia I Know You Were Trouble oleh Taylor Swift dengan suntikan kambing.
Aplikasi telefon pintar, iMadeFace mencapai populariti sejak akhir akhir ini dan ini dia koleksi 28 wajah selebriti popular yang di’jelmakan semula menggunakan aplikasi tersebut. – Buzz Feed
Sumber terdekat dengan pasangan ini mengatakan yang Kim Kardashian & Kanye West bakal menimang bayi perempuan dan berita ini mengujakan pihak lelaki yang selalu inginkan anak perempuan. – US Weekly
Filem terbaru Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Snitch berjaya menjuari carta filem terlaris hujung minggu lalu jauh meninggalkan filem Bruce Willis, A Good Day To Die Hard di tempat kelima. – EW
Dalam kenyataan terbaru dalam program Melodi hujung minggu lalu, Fizz Fairuz nekad untuk menutup buku akan apa yang berlaku dengan tidak lagi mengeluarkan apa apa kenyataan. – mStar Online
Pihak polis Mesir berkata mereka telah menahan empat orang pelajar jurusan farmasi kerana melakukan tarian Harlem Shake di’khalayak ramai & di’hadapan tapak bersejarah piramid. – Ynet News