Marah benar bunyinya Scha al-Yahya dalam kenyataan terbaru menerusi akaun Twitter beliau.
Kami kurang pasti siapa sebenarnya yang memulakan gossip mendakwa Scha al-Yahya mula berlagak diva setelah kejayaan drama bersiri Awan Dania.
Alangkah bagusnya jika semua artis & selebriti Malaysia mempunyai Twitter. Mudah untuk kami wartawan tidak bertauliah ini mahu bertanyakan soalan panas.
Lagipun, Twitter boleh mendekatkan seseorang artis itu dengan peminat. Peminat sekarang mahu semuanya cepat & pantas.
Untuk Scha al-Yahya, banyak-banyak bersabar. Dunia artis, begitulah. (Macam pernah jadi artis pula kami)