Ibu kepada pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah berkongsikan detik anaknya meluahkan hasrat untuk kembali bergelar isteri.

Menerusi ucapan di majlis anaknya itu, Dr Zailah berkata dia percaya bahawa Allah akan berikan kebahagiaan selepas berdepan ujian.

BACA: “Bukan Mudah Kami Beri Persetujuan..” – Ibu Dr Fie Mohon Doakan Yang Baik-Baik

“Ibu belajar sesuatu apa yang berlaku kepada Along, bahawa hati yang pernah terluka masih mampu untuk kembali percaya.

“Selepas hujan yang lebat, Allah mampu menghadirkan pelangi yang indah dan apabila Allah mahu menghadiahkan kebahagiaan, tiada siapa yang mampu menghalangnya,” katanya.

Sementara itu, Dr Zailah berkata anaknya itu pernah berkata tidak mahu berkahwin lagi namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

Malah, Dr Zailah berkata dia sangkakan anaknya itu bergurau mengenai hasrat untuk berkahwin lagi dan akhirnya selamat diijabkabulkan semalam dengan Kapten Amrul.

“Siapa sangka selepas tahun anak ibu pernah berkata tidak mahu berkahwin lagi. Akhirnya datang membawa berita, dia sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya.

“Mula-mula ibu ingat bergurau, rupanya betul-betul serius. Janji tak nak kahwin akhirnya tewas dengan seorang kapten,” katanya.

Semalam, Dr Fie sah bergelar isteri kepada seorang usahawan Kapten Amrul Nizar Anuar dengan menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

×