Penyanyi Aiman Tino menitipkan nasihat buat kaum lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga ada wang sendiri serta kemampuan kewangan terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian di Threads, Aiman turut menegur sikap lelaki yang kedekut dan berkira dengan isteri. 

BACA:Aiman Tino Tinggalkan Nafkah Sebelum Keluar Memancing, Isteri Sebak Baca Nota Pasal Anak 

“Nasihat saya sebelum nak ambil anak orang jadi isteri, tolong ada duit sendiri yg mampu untuk bela anak orang.  Jangan jadi lelaki miskin pastu merentan cakap jodoh tak sampai lagi kalau kau sendiri kedekut berkira dengan bini,” katanya.

Difahamkan, Aiman meninggalkan komen tersebut pada satu hantaran seorang lelaki yang berkongsikan tip untuk mencari isteri serta selidik latar belakang mereka terlebih dahulu.

×