Sharifah Sakinah Seru Henti Beli Produk Sawit Penyumbang Kemusnahan Hutan

Pelakon Sharifah Sakinah menjadi perhatian ramai apabila menggesa orang ramai berhenti membeli serta menggunakan produk minyak sawit yang menyumbang kepada kemusnahan hutan.

Menerusi perkongsian di Threads, Sakinah berkata jika netizen benar-benar peduli tentang alam sekitar perlu ambil tindakan dan tidak hanya bersuara di media sosial sahaja.

BACA: “Bila Bercakap Tentang Kebencian, Bermakna Anda Bekerja Dengan Syaitan” – Sharifah Sakinah

Bagaimanapun, hantaran Sakinah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tindakan berkenaan boleh menjejaskan pendapatan individu yang bekerja dalam industri sawit yang bukan hanya menghasilkan minyak sahaja.

Kata seorang individu, jika benar mahu memboikot pilih untuk tidak membeli produk daripada negara jiran kerana Malaysia tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Malaysia antara pengeksport terbesar  sawit dunia.  Malaysia tak ada bakar-bakar hutan pun. Elok je kat felda-felda tu tengok depa tebang, tanam, tebang, tanam.  

“Nak boikot, boikot produk sawit Indonesia.  Apahal semua sawit pun nak boikot. Seed oil tu propaganda omputih. Tak sihat mana pun. Ni pun tak tau ke,” kata netizen.

×