Imran Aqil Idam Bawa Watak Hero Macam Spiderman

Pelakon Imran Aqil berkata dia kini lebih selektif menerima tawaran lakonan kerana mahu menguji kebolehannya serta bakat sebagai pelakon.

Memetik BH Online, Imran berkata kebanyakan tawaran yang diterima membawa watak pelajar sekolah kerana wajahnya dan fizikalnya yang kecil.

BACA: Saksi Sendiri Kesakitan Isteri, Imran Aqil Terkejut Tengok Jarum ‘Cheat Code’

“Sekarang, saya agak selektif menerima tawaran berlakon kerana sudah mempunyai isteri dan mahu mencuba sesuatu yang berbeza. Kalau ikutkan, daripada 17 cerita yang saya lakonkan, separuh daripadanya berkisar mengenai budak-budak atau pelajar sekolah.

“Saya faham karakter dengan fizikal kecil seperti saya memang sesuai untuk watak sebegitu. Cuma, saya tertanya-tanya sampai bila saya boleh terus membawa watak seperti ini. Saya berharap akan ada watak baharu yang boleh saya jayakan,” katanya.

Sementara itu, Imran berkata dia ada menolak tawaran yang dilihat tidak lagi mencabar kerana sudah membawakan karakter berkenaan.

Dalam pada itu, suami kepada pempengaruh Dahlia Rizal itu berkata dia teringin membawa watak adiwira seperti Spiderman dan jika diberi peluang mahu membawa watak tentera atau polis.

Sumber: BH Online

×