Penyanyi Irfan Haris dilihat ada memuat naik hantaran mengenai kakaknya, Amira Othman sempena hari lahirnya yang ke-33.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Irfan mendoakan agar segala kebaikan kakaknya dibalas dengan syurga oleh Allah.
BACA: “Tak Pernah Lihat Kakak Sebahagia Ini” – Irfan Haris
“Selamat hari lahir untuk kakak dari syurga saya. Semoga segala kebaikan akak sebagai seorang anak, isteri, ibu, kakak dan juga sebagai seorang manusia, Allah balas dengan syurga,” tulisnya.
Sementara itu, Irfan turut menyifatkan kakaknya itu seorang yang tiada hasad dengki serta pemurah dan berbuat baik dengan orang sekeliling.
“Hebat sungguh kakak saya ni, hatinya bersih, tiada hasad dengki, sangat pemurah, dan sentiasa berbuat baik pada orang sekelilingnya.
“Akak akan selalu jadi contoh dalam keluarga dan untuk semua orang sebab akak memang orang baik. Saya sayang Kakya dunia akhirat,” tulisnya.