Pempengaruh media sosial, Marissa Dania sekali lagi menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik satu hantaran di TikTok.
Menerusi hantaran itu, Marissa berkongsikan luahan hatinya mengenai keputusan untuk terus melangkah ke hadapan.
BACA: Marissa Dania Ikut Adik Sambung Belajar, Ambil Jurusan Yang Sama
Menurut Marissa lagi, dia berusaha untuk dapat ketenangan dan tekad untuk melupakan kehidupan yang telah ditinggalkan.
“Saya tak akan pernah lupa mengapa saya pilih untuk pergi. Saya berjuang bersungguh-sungguh demi ketenangan diri, saya tak akan biarkan diri saya ditarik semula ke dalam bab kehidupan yang telah pun saya tutup. Saya kini sudah melangkah ke hadapan, dan saya bertekad untuk kekal begitu,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Marissa untuk tidak lagi pandang ke belakang.