“Sayalah Batu Api Sebenarnya” – Mamat Sepah Mohon Maaf 

Pelawak Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi batu api serta punca tercetusnya konflik antara dua sahabatnya, Jep Sepahtu dan Shuib.

Menerusi satu sesi siaran langsung, Mamat berkata disebabkan tindakannya dalam podcast berkenaan Shuib turut terpalit termasuk keluarganya menerima tempias.

BACA: Tawar Hati Selepas Ditahan, Isteri Mamat Sepah Nekad Berhenti Jadi Polis 

“Betul. Kalau tengok dalam video tu, sayalah batu api sebenarnya. Saya yang ‘spark’ kan cerita itu sehingga Shuib pun terikut-ikut dan terjebak sekali dalam episod Dol’s Podcast itu.

“Sebenarnya Shuib tak salah. Watie tak salah, ahli keluarga dia pun. Saya yang ‘spark’ kan cerita itu,” katanya. 

Dalam video tersebut, Mamat turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jep serta penyokongnya.

“Saya mohon maaf secara terbuka supaya dapat selesaikan isu ini dengan penyokong Jep. Saya dengan rendah hati dan juga ikhlas memohon maaf semua/.

“Semoga kita boleh berdamai dengan cara yang baik dan terus menyokong Jep Sepahtu serta menyokong apa sahaja yang kami lakukan tak kiralah Jep, Shuib, Pak Ya mahupun Rahim. Doakanlah kita sama-sama di bawah lindungan Allah,” katanya.

×