Pempengaruh media sosial, Cik B meluahkan rasa kesal jarang menghubungi bapanya sepanjang arwah masih hidup sebelum ini.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Cik B turut menitipkan pesanan kepada mereka diluar sana untuk menghubungi ibu bapa selagi mereka masih ada.

BACA: “Cik B Memang Anak Yang Hebat, Paling Mahal Pada Dirinya Adalah Adab” 

“Ayah tiada ibu tiada, cubalah call mereka. Jangan sampai mereka dah tiada baru nak cari. Itu penyesalan Cik B.

“Kalau mereka masih ada, walau hubungan itu tidak bagus ke cuba selesaikan. Kita tak tahu apa orang itu rasa, mungkin dia dah berubah,” katanya.

Menurut Cik B lagi, kali terakhir dia bertemu dengan bapanya ketika dia masih kecil dan mengakui menyesal.

“Cik B pun menyesal sebab bila kita jumpa waktu tu dia dah tiada. Sebelum ini tak jumpa, kali terakhir masa kecil. Dia tetap ayah Cik B dan penyesalan tiada penghujung,” katanya. 

×