Dua minggu bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, pelakon Bella Astillah berkata perbezaan besar dilalui adalah lokasi tempat tinggalnya sekarang.

Menerusi temu bual bersama Era, Bella berkata sebelum ini dia tinggal di Ampang sejak usia 7 tahun namun kini berpindah ke rumah suaminya terletak di Petaling Jaya.

BACA: “Pengantin Tak Buka Mulut, Yang Tak Ada Kena-Mengena Kenapa Berbunyi?”

“Dulu Ampang girl, sekarang PJ. Bagi saya perubahan besar sebab tak tak pernah. Dari umur 7 tahun sampai 32 duduk Ampang,” katanya.

Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu dengan sekali lafaz selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: mStar Online

×