Penyanyi Datuk Fazley Yaakob terharu dengan kekasihnya iaitu Datuk Seri Vida yang sanggup pulang awal dari China untuk temaninya berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan.
Memetik mStar Online, Fazley yang mengalami kecederaan ketika bermain badminton berkata dia terharu dengan tindakan kekasihnya itu.
BACA: Fazley Yaakob Jalan Kaki Tengah Panas 2Km Bawa Air Tauhu Demi Insan Tercinta
“Saya paling terharu sebab Vida sepatutnya tidak berada di Malaysia, dia perlu ke China. Tapi Vida sanggup balik awal untuk temani saya berjumpa dengan doktor esok (Isnin).
“Terima kasih sayang sebab balik awal untuk saya. Pemeriksaan itu nanti akan tentukan sama ada saya boleh main badminton untuk kejohanan tersebut atau tidak, berdebar juga,” katanya.
Sementara itu, Fazley berkata dia turut tersentuh dengan sikap prihatin Vida yang membuatkan dirinya dihargai.
“Ketika saya terpelecok Vida tengah ada penggambaran juga. Dia tinggalkan program itu dan datang untuk tengok saya. Saya rasa dia sangat sweet. Bagi makan, suap makan, basuhkan tangan. Ya Allah, terima kasih sayang.
“Sekarang ini memang dia tengah jaga saya. Sanggup balik awal tinggalkan program dan live. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga,” katanya.
Sumber: mStar Online