Di majlis resepsi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq malam tadi menjadi perhatian apabila Ayden memberikan ucapan menyentuh hati buat ibunya.

Menutu Ayden, sebelum bertemu Syed Saddiq, ibunya dilihat sedih dan sebagai anak dia mahu lebih ibunya bahagia dan tersenyum.

BACA: “Saya Tahu Saya Tak Sempurna, Terima Kasih Sudi Memilih Saya” – Bella Astillah

“Saya dan Ara, kadang-kadang saya tak berapa faham dengan semua benda yang berlaku. Saya cuma tahu yang Mommy tengah sedih dan sebagai anak lelaki dia, satu-satunya perkara yang saya mahukan adalah untuk melihat Mommy tersenyum semula.

“Kemudian, awak (Daddy) hadir dalam hidup dia. Perlahan-lahan, saya mula nampak mommy lebih banyak tersenyum, dan lebih banyak mendengar dia ketawa. Saya nampak mommy kembali gembira semula,” katanya.

Lebih sebak, Ayden mengucapkan terima kasih kepada bapa tirinya itu kerana memilih ibunya serta menerima mereka sebahagian daripada keluarga.

“Awak terima kami seadanya. Awak tak pernah buat kami rasa yang kami ni cuma sekadar anak Mommy saja. Awak buat kami rasa yang kami juga adalah sebahagian daripada keluarga awak. Terima kasih kerana memilih Mommy. Terima kasih kerana menyayangi ibu,” katanya.

×