Redza Rosli Ikut Pintu Belakang, Elak Media

Pelakon Redza Rosli memilih untuk beredar dari pintu belakang dan bergegas beredar selepas selesai Sidang Media Pentas Drama TV Alhijrah 2026.

Memetik BH Online, tindakan Redza dipercayai mengelak daripada bertemu pihak media susulan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam bersama isterinya, Bella Hanna.

BACA: Redza Rosli, Isteri Hadir Ke Mahkamah Syariah Cetus Tanda Tanya

Semalam, Redza bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai kehadirannya apabila ditanya oleh media ketika keluar dari mahkamah dan dilihat berpegangan tangan bersama isteri menuju ke kereta.

Terdahulu, hantaran Bella mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambarnya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada 2 Julai lalu.

Sumber: BH Online , Oh Bulan

×