Amyra Rosli Selamat Lahirkan Anak Ketiga

Pelakon Amar Baharin berkongsikan berita gembira isterinya, Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata ketiga, bayi lelaki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amar meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan lancar serta isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

BACA: “Berat Limit Saya 45Kg” – Amyra Rosli Akan Berpuasa Jika Berat Cecah 47Kg

“Dengan izin Allah, isteri saya telah selamat melahirkan. Baby sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat dan melalui proses recovery.

“Terima kasih buat keluarga, sahabat dan semua yang mendoakan kami. Semoga setiap doa yang baik Allah balas dengan kebaikan juga buat kalian,” tulisnya.

Sementara itu, Amar turut menitipkan doa buat anaknya agar menjadi anak yang soleh serta dikurniakan kesihatan yang baik.


Untuk rekod, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2 November 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata.

×