Tiada angin tiada ribut, pasangan selebriti Redza Rosli dan isterinya, Bella Hanna dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini mencetuskan tanda tanya.
Memetik mStar Online, Redza bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenai kehadirannya apabila ditanya oleh media ketika di luar mahkamah.
BACA: Redza Rosli Dedah Sebab Isteri Ke Pejabat Agama
“Minta maaf ya,” katanya ringkas.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Redza, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib enggan berikan sebarang kenyataan demi menghormati anak guamnya.
Difahamkan, sebaik keluar dari mahkamah Redza dan isterinya dilihat berpegangan tangan menuju ke kereta.
Terdahulu, hantaran Bella mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambarnya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada 2 Julai lalu.
Redza dan Bella berkahwin pada 21 Jun 2024. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess kini baru berusia lapan bulan.
Sumber: mStar Online