“Aku Ajar Anak Aku Untuk Takut Anjing Liar”

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui dirinya takut dengan anjing liar dan sanggup menunggu di dalam kereta jika terserempak berhampiran.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Ain meluahkan rasa kasihan susulan kes membabitkan seorang kanak-kanak dipercayai diserang beberapa ekor anjing jalanan.

BACA: Selamat Lahirkan Anak Kedua, Ain Edruce Minta Suami Belikan Beef Wellington

Sementara itu, Ain berkata dia turut mengajar anaknya agar berhati-hati serta menjauhi anjing liar.

“Sebab itu aku takut anjing liar ini. Aku kalau nak keluar kereta, nampak anjing liar, aku sanggup tunggu sampai anjing-anjing ini semua pergi. Aku ajar anak aku untuk takut dengan anjing liar juga. Takut ‘siot’, kesiannya adik ini,” tulisnya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera selepas diserang lima ekor anjing jalanan di hadapan rumah neneknya pada Sabtu lalu.

×