Pempengaruh media sosial, Cik B berkongsikan video mengajak rakan-rakan program Talk To My Manager 2 bercuti di Thailand.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B berkata disebabkan ada masa terluang dan bosan dia membuat perancangan untuk bercuti bersama rakan-rakannya kerana sudah lama tidak meluangkan masa.

BACA: Cik B Ikhlas Dalam Persahabatan, Tak Kisah Dipergunakan

“Hari ini (Jumaat) Cik B bosan dan juga Cik B rasa minggu ini Cik B sangat-sangat free. Jadi, Cik B tak tahu nak buat apa. 

“Korang pun tahu sekarang tengah musim cuti sekolah seminggu. Jadi, waktu ini orang rehat dan bercuti. Cik B nak pergi bercuti. 

“Cik B nak pergi dengan kawan Talk To My Manager sebab Cik B dah lama tak jumpa mereka dan kita nak luangkan masa,” katanya.

Turut menjadi perhatian, dalam satu hantaran lain Cik B menaja tiket penerbangan berjumlah RM15,000 termasuk penginapan di vila RM20,000 selama empat hari.

×