Pelakon Puteri Sarah memberitahu dia masih lagi terkandas di Indonesia berikutan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta susulan abu gunung berapi.
Memetik mStar Online, Sarah berkata dia ke Indonesia pada awalnya ditemani keluarga sempena cuti sekolah dan dia sepatutnya pulang pada Ahad lalu.
BACA: Sambut Raya Bersama, Puteri Sarah Berbaik Dengan Syamsul Yusof
Menurut Sarah lagi keluarga serta anak-anak sudah pun selamat pulang ke Malaysia namun dia belum pulang kerana ada urusan kerja perlu diselesaikan.
“Sarah dah seminggu dekat sini sebab mula-mula datang atas hal kerja. Lepas tu keluarga pun ada sekali datang bercuti sebab cuti sekolah, tapi mereka semua dah selamat balik ke Malaysia
“Sarah seorang saja yang belum balik sebab sambung kerja. Sepatutnya balik hari Ahad semalam, tapi tak sangka tiba-tiba jadi macam ni.
“Sekarang Sarah seorang diri saja tetapi ada ditemani pasukan Lumiere dari Indonesia di sini,” katanya.
Sementara itu, Sarah berkata dia sedang mencuba nasib membeli tiket baru untuk penerbangan esok serta berharap agar ianya dibuka semula.
“Dengar kata 12 haribulan baru mereka buka, tapi saya dah ada tiket untuk esok. Kita cuba nasib juga untuk esok, berdoalah semoga tak batal. Kalau esok masih tak boleh berlepas, maknanya kenalah tunggu sampai dibuka semula,” katanya.
Sumber: mStar Online