Pelakon Sweet Qismina tampil memberikan penjelasan mengenai video tular memaparkan dia menembual beberapa individu daripada komuniti Rohingya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sweet berkata temu bual itu dibuat 10 tahun lalu untuk satu program televisyen berkenaan kisah kebajikan dan usaha murni individu atau kumpulan sukarelawan (NGO) Malaysia. 

BACA: Sweet Qismina Dedah Pesanan Adam Lee, Jangan Kongsi Masalah Di Media Sosial

“Saya jalani penggambaran 10 tahun lalu rasanya ini. Nama rancangan ‘Orang Baik-Baik’. Apa sahaja kisah kebajikan dan usaha murni individu/kumpulan sukarelawan (NGO) di Malaysia kami akan cover. 

“Setiap episod jumpa individu/NGO yang berbeza. Kami ikut apa yang mereka sediakan. Sangat inspirasi,” katanya.

Sementara itu, Sweet berkata ketika itu dia mengakui kurung ilmu tentang isu Rohingya serta meminta netizen tidak menonton episod berkenaan. 

“Tapi untuk episod ini, fokus saya adalah untuk melihat ‘kebaikan’ mereka, siap buat kelas kraf dan jual untuk duit. 

“Saya mengaku ketika itu, saya kurang ilmu tentang isu Rohingnya. Haa ban episod ini, tengok episod lain yang ada NGO Malaysia okay,” tulisnya.

×