Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan persiapan perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sudah siap 70 peratus.
Memetik mStar Online, Bella berkata dia yang menguruskan sendiri sebahagian besar persiapan perkahwinan.
BACA: Bella Astillah Sebak Hantar Ayden ‘Terbang’ Ke Sydney Bersama Syed Saddiq
“Saya rasa persiapan dan masa bekerja semuanya berjalan seiringan. Selagi mana saya masih ada keluarga InsyaAllah semuanya dipermudahkan. Sudah tentu rasa tertekan tapi saya percaya samua orang ada fasa ini dalam hidup,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia semakin berdebar bakal melalui kehidupan baru dan berbeza selepas bergelar isteri.
“Rasa debar itu melibatkan banyak perkara, pertamanya selepas berumah tangga akan ada kehidupan berebza sedikit. Tapi saya rasa perasaan berdebar ini adalah sebahagian daripada proses, jadi saya lalui saja,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan bercuti, Bella berkata dia akan terus bekerja selepas majlis kahwin serta beranggapan ianya satu rezeki.
“Sekarang ini belum ada perancangan untuk cuti, semuanya bekerja. Malah selepas majlis kahwin nanti pun insya-Allah saya masih ada kerja lagi. Jadi belum ada perancangan untuk bercuti. Saya anggap ini sebagai rezeki.
“Selagi saya masih berdaya untuk bekerja, okay saja tak ada paksaan. Saya buat semua ini untuk anak-anak,” katanya.
Sumber: mStar Online