Pelakon Zila Bakarin yang juga Ratu Threads, berkata dia berpegang pada prinsip tidak akan memberikan komen kecaman berkenaan penampilan seseorang.
Memetik HibGlam, Zila berkata dia tidak suka jika ada yang melakukan ‘body shaming’ terhadap individu lain dan perkara itu sudah diterapkan sejak dulu lagi.
BACA: “Terkejut, Umur 51 Dah Bau Tanah Baru Nak Ada Kelab Peminat”
“Saya pantang kalau hina dan ‘body shaming’ orang lain. Saya tak akan sesekali mengata individu lain dan sebenarnya sejak dulu sudah melakukannya,” katanya.
Sementara itu, Zila berkata dia melihat Threads adalah platform media sosial yang bagus meskipun ada yang beranggapan sebaliknya.
“Saya rasa platform ini bagus sebab dapat banyak benda positif. Memang orang banyak cakap Threads begini, begitu tetapi sebenarnya banyak benda-benda baik yang netizen kongsi. Bila job pun tiada, memang saya main Threads 24 jam.
“Alhamdulillah setakat ini pengikut saya dalam Threads banyak beri kata-kata semangat,” katanya.
Dalam pada itu, Zila mengakui pengguna Threads mempunyai pemikiran yang tidak dijangka berdasarkan komen-komen yang diterima.
“Saya rasa pemikiran netizen dalam Threads di luar otak. Adakalanya dalam 10 komen, ada lapan respons yang memang kita sendiri tidak sangka,” katanya.
Sumber: HibGlam