Suami kepada pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Menerusi perkongsian di Instagram, Emir meluahkan rasa syukur dan cinta hadir dalam perkara kecil tanpa perlu dilafazkan.

BACA: “Kau Bukan Sekadar Isteri’ – Genap 5 Tahun Kahwin, Suami Titip Ucapan Buat Mira Filzah 

“Enam tahun sudah, kekasihku. Semakinku mengerti, cinta itu tidak selalunya banyak bicara. Ada masa cukup dengan satu pandangan, satu genggaman, atau sekadar berada di sisi.

“Tanpa sepatah kata, ku tahu bila dirimu sedang lelah, bila hati sedang berat, dan bila diperlukan, hanyalah untuk tetap ada. Yang sama dari mu buat diriku. Nur Amirah kekasihku, mungkin itulah keindahan bahasa cinta kita.

“Pencipta kita menemukan dua jiwa dengan segala kurang dan lebihnya, lalu mengajar kita untuk saling melengkapi. Di mana diri ini kurang, kau mengisi,” tulisnya.

Sementara itu, Emir turut menitipkan doa semoga Allah terus memberkati keluarga mereka dan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

“Enam tahun ini, alhamdulillah dalam segala ceritanya, Dia (Allah) sentiasa memayungi kita dengan rahmat dan redha-Nya. Doaku semoga Allah terus membimbing langkah kita, menjaga hati kita, memberkati keluarga kita.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang keenam, Nur Amirah Filzah, kekasihku, permaisuri bidadariku, selagi Allah mengizinkan, genggam erat tangan kita di dunia hingga ke syurga menanti,” tulisnya.

×