Usahawan Datuk Red berkata dia hanya mahu mendapatkan pengesahan sama ada lafaz rujuk yang berlaku sebelum ini sah atau tidak agar tidak timbul isu di kemudian hari.

Memetik Oh Bulan, Datuk Red bagaimanapun akur kes pengesahan lafaz rujuknya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi perlu melalui satu lagi proses.

BACA: “Hampir Setahun Kes Berlarutan, Anak Bongsu Dah Nak Masuk 5 Tahun” – Adira

“Kes ini masih lambat lagi untuk selesai. Sebenarnya dalam hal ini, saya cuma nak bercakap mengenai urusan permohonan cerai dari pihak saya.

“Islam itu mudah, tetapi saya tak mahu ambil mudah. Saya cuma nak dapatkan pengesahan. Kalau memang benar, tak ada masalah, saya akan uruskan dan selesaikan perkara ini dengan mudah. Kalau tidak benar pun, lagi mudah.

“Saya cuma nak pengesahan rujuk. Sebenarnya perkara ini sudah boleh selesai lebih awal, tetapi disebabkan ada macam-macam saksi dan sebagainya, kes ini jadi meleret dan panjang. Jadi, tak apalah. Kita tunggu keputusan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata tiada keperluan untuk dia hadir di mahkamah hari ini namun tidak mahu timbul dakwaan dia sengaja mahu melambatkan kes.

“Hari ini pun sebenarnya tak ada keperluan untuk saya datang, tetapi saya tak mahu nanti saya pula dipersalahkan kerana dikatakan melambatkan kes ini. Sebab itu saya hadir,” katanya.

Dalam pada itu, Red berkata dia akan tetap menceraikan Adira jika mahkamah mengesahkan lafaz rujuk berkenaan sah.

“Ya, tak ada masalah. Memang saya akan (lepaskan dia). Macam saya cakap tadi, saya nak mudahkan, saya nak sahkan dulu sama ada rujuk itu sah atau tidak. Itu sahaja. Kalau pengesahan rujuk sah, saya tetap akan lepaskan dia,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×