Pelakon dan pengacaa Nia Atasha menjadi perhatian ramai apabila ada yang mempersoalkan mengenai pemakaiannya ketika mengacarakan satu program di televisyen.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan pemakaiannya itu yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
BACA: Nia Atasha Nafi Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki

Sementara itu, individu tersebut turut mempersoalkan sama ada pihak stesen televisyen tidak menapis pemakaian pengacara berkenaan.
Diruangan komen, ramai yang mengecam pemakaiannya itu serta meminta untuk tampil lebih sopan lebih-lebih lagi untuk program yang disiarkan di televisyen.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Nia sememangnya seorang yang cantik namun lebih manis jika menjaga penampilan dan sebagai model sudah pasti bijak dalam berfesyen.
