Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu kepada dua cahaya mata, selebriti popular, Neelofa memilih untuk memberi fokus pada keluarga.

Memetik Sinar Plus, Neelofa berkata dia mahu berlaku adil kepada anak-anaknya dan membuat keputusan untuk berada di samping mereka.

BACA: “Bila Lahir Baru Kita Umumkan” – Neelofa Pilih Tak Umum Kehamilan

“Ya Allah, saya memang duduk rumah jelah untuk sekarang. Adalah juga yang mengajak buat filem, buat program itu dan ini. Tapi bagi saya, buat masa ini saya kena berlaku adil kepada anak-anak yang mana mereka ada hak ke atas saya,” katanya.

Sementara itu, Neelofa berkata dia melihat peluang berada di samping anak-anak adalah satu rezeki kerana ada mereka di luar sana yang terpaksa keluar bekerja untuk mencari rezeki.

“Dibandingkan segelintir yang lain, saya ada pilihan. Ada setengah orang tak ada pilihan, kena kerja dan jalan jauh.  Tapi saya ada pilihan untuk duduk bersama mereka, duduk dekat dengan mereka dan luangkan banyak masa bersama. Contohnya untuk sekarang lah.

“Saya tak tahu lagi apa yang terjadi dalam masa lima atau sepuluh tahun akan datang, mungkin ada program TV atau selebihnya, tapi untuk sementara ini, tidaklah,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata dia tidak sempat rindukan dunia seni kerana rutin hariannya dalam menguruskan rumah tangga 

“Sejujurnya, tak sempat nak rindu bidang seni sebab penat. Walaupun banyak berada di rumah, bukan bermakna kita ada masa untuk semuanya. Ada masa kita nak rehat, ada masa nak kena jaga bisnes, ada masa nak masak dan buat itu ini.

“Saya rasa tak sempat langsung nak fikir dunia luar. Kalau anak-anak sudah besar dan mula bersekolah nanti, mungkin masa itu saya akan rasa ada waktu lapang untuk buat sesuatu yang lain,” katanya.

Sumber: Sinar Plus

×