Pelakon Bella Astillah meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Ayden pertama kali keluar negara tanpa ditemani dirinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Bella berkata hatinya berat untuk melepaskan namun teruja dengan pengalaman baru yang akan dilalui anaknya.
BACA: “Boleh Ke Beritahu Teacher?” – Anak-Anak Gembira Bella Astillah Bakal Nikah

Dalam video berkenaan, Bella berkongsikan momen menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“First time my baby is travelling overseas without Mummy. My heart is a little heavy today, but I’m so excited for this new experience for you,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi akan menyertai cabaran larian sejauh 42.2 kilometer (km) di Maraton Sydney dan turut membuat kejutan membawa ibunya serta Ayden ke Sydney.