Dengan jadual harian yang makin sibuk, memang penting untuk curi sedikit masa buat diri sendiri. Tak perlu tunggu cuti panjang atau ke spa mewah pun.
Kadang-kadang, beberapa minit menikmati mandian yang selesa sudah cukup untuk hilangkan penat, tenangkan fikiran dan recharge semula sebelum meneruskan rutin harian. Betul tak?
Itulah inspirasi di sebalik pelancaran CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head yang tampil dengan tema “Me Time Feels Better With Pink Oasis”.
Mana geng pink dekat luar sana tu? Takkan tengok jer? Sekali jeling kat CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head ni, memang boleh buat hati terus berbunga tau. Rekaan cantik, vibe dia pun cukup menenangkan, memang kena dengan jiwa pencinta warna pink. Min pun rasa macam nak bawa balik rumah terus!

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, CUCKOO tampil dengan sesuatu yang cukup unik menerusi Pink Oasis Hotel Takeover di The Très Hotel.
Ruang hotel tersebut diubah menjadi sebuah ‘self-care sanctuary’ dengan sentuhan warna merah jambu yang tenang dan estetik, sekali gus memberikan peluang kepada anda merasai sendiri pengalaman “me time” yang berbeza daripada biasa.
Lebih menarik, kempen ini turut menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai wajah utama yang berkongsi tentang pentingnya meluangkan masa untuk diri sendiri.
Walaupun padat dengan pelbagai komitmen, beliau percaya detik-detik kecil seperti berehat seketika dan menjaga diri juga memainkan peranan penting untuk kekal seimbang dalam kehidupan seharian.
Hotel Bertukar Jadi ‘Pink Oasis’
Jadi jangan lepaskan peluang! Bermula 4 hingga 9 Ogos 2026, anda berpeluang merasai sendiri pengalaman Pink Oasis Hotel Takeover yang berlangsung di The Très Hotel.

Sepanjang tempoh ini, anda boleh meneroka pelbagai ruang interaktif yang direka khas mengikut konsep kempen tersebut.
Setiap sudut bukan sahaja menarik untuk dirakam sebagai kenangan, malah memberi peluang untuk anda menghayati sendiri konsep “Me Time Feels Better With Pink Oasis” yang ingin dibawakan oleh CUCKOO.

Selain menikmati pengalaman Pink Oasis Hotel Tour, anda juga boleh mencuba pelbagai zon interaktif, abadikan momen di photobooth percuma, dapatkan minuman percuma selepas melengkapkan perjalanan Pink Oasis, serta menikmati pelbagai promosi menarik dan barangan edisi terhad yang disediakan sepanjang acara berlangsung.

Acara ini dibuka kepada anda bermula 4 hingga 7 Ogos 2026 (Selasa – Jumaat) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala pada 8 hingga 9 Ogos 2026 (Sabtu – Ahad), anda boleh hadir dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Jadi, jumpa anda nanti!

Pengalaman Mandi Lebih Bersih Dan Menyegarkan
Kalau anda tertanya-tanya apa yang membuatkan CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head berbeza daripada kepala pancuran biasa? Jawapannya terletak pada sistem penapisan yang membantu menjadikan setiap mandian lebih bersih, selesa dan menyenangkan.

Ia dilengkapi dengan Sistem Penapis Tiga Kali Ganda yang direka untuk membantu meningkatkan kualiti air mandi. Penapis Kepala Bola Seramik yang bersifat separa kekal membantu menghalang pertumbuhan bakteria dengan menapis sedimen serta zarah yang melekat pada bakteria, selain melepaskan mineral atau ion bagi mewujudkan persekitaran anti-bakteria.
Dalam masa sama, Penapis Gentian Bertumpatan Tinggi membantu membuang kotoran mikro, manakala Penapis Sedimen pula berfungsi mengurangkan karat, kapur dan kotoran halus daripada saluran air.
Hasilnya, air terasa lebih lembut dan memberikan pengalaman mandi yang lebih selesa pada setiap penggunaan. Aduh dah terbayang-bayang dah Min macamana bestnya kalau mandi menggunakan CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head ni.
Tekanan Air Tinggi, Penggunaan Air Lebih Jimat
Selain sistem penapisan, AquaPro X Pink Oasis turut dilengkapi dengan 270 lubang ultra-halus bersaiz 0.28mm yang membantu menghasilkan tekanan air lebih tinggi dengan aliran yang lebih efisien.
Rekaan ini bukan sahaja memberikan semburan air yang lebih lembut pada kulit, malah membantu menjimatkan penggunaan air sehingga 50 peratus.

Turut melengkapkan pengalaman mandi ialah semburan anion yang memberikan rasa lebih segar dan nyaman, menjadikan rutin harian terasa lebih relaks.
Mudah Pantau Keadaan Penapis
Satu lagi ciri menarik ialah panel lutsinar yang membolehkan pengguna melihat keadaan penapis dengan lebih mudah tanpa perlu membuka keseluruhan kepala pancuran.
Ini memudahkan pengguna mengetahui bila tiba masa untuk menukar penapis supaya prestasi penapisan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Jadikan ‘Me Time’ Sebahagian Daripada Rutin Harian
Bagi CUCKOO, menjaga diri bukan sekadar satu trend, tetapi satu gaya hidup yang boleh dimulakan dengan perkara kecil dalam rutin harian.
Melalui AquaPro X Pink Oasis, CUCKOO mahu menggalakkan lebih ramai menghargai detik-detik kecil untuk diri sendiri. Sama ada selepas pulang bekerja, sebelum memulakan hari atau sekadar mengambil masa untuk berehat seketika, pengalaman mandi yang lebih bersih dan menyegarkan boleh menjadi permulaan kepada rutin self-care yang lebih bermakna.

Buat yang ingin merasai sendiri pengalaman Pink Oasis Hotel Takeover, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke The Très Hotel sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Untuk maklumat lanjut mengenai CUCKOO AquaPro X Pink Oasis Filtered Shower Head ini, layari laman web rasmi CUCKOO atau ikuti perkembangan terkini menerusi platform media sosial rasmi CUCKOO di Facebook, Instagram, dan TikTok.