Penyanyi Zubir khan menerima teguran netizen susulan gambar pra perkahwinan bersama bakal isterinya, Heama Maleini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Zubir berkata dia mengakui kesilapan tidak menjaga batas serta memaklumkan bakal isteri sudah memeluk agama Islam pada Mei lalu.
“Ada yang tegur dan nasihat, saya terima. Sebagai umat islam, kita kena nasihat sesama kita. Cuma saya nak betulkan, saya tidak masuk agama hindu. Saya memang lahir beragama islam.
“Bakal isteri saya juga dah masuk islam bulan mei haritu. Tapi nama tak tukar, kita kekalkan. Sebab banyak proses yang perlu dilalui,” katanya.
Sementara itu, Zubir berkata bakal bergelar suami dia akan mendidik isterinya kelak namun sudah pasti perlukan masa.
“Ada juga yang mempersoalkan bakal isteri saya tidak menutup aurat. Dia hidup 27 tahun sebagai seorang yang beragama hindu.
“Baru tahun ini dia peluk islam. Dia ibarat bayi. Masih belajar untuk dalami agama kita. Sebagai bakal suami, saya akan didik dia, jangan risau. Semua orang perlukan masa,” katanya.