Penyanyi Shila Amzah mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan.

Memetik Astro Gempak, Shula berkata berat badannya kini mencecah 64 kilogram dan menegaskan dia tidak melakukan sebarang pembedahan.

BACA: Shila Amzah Bawa Keluarga Berhijrah Ke China Tahun Depan

“Alhamdulillah, memang rasa badan lebih ringan sejak berjaya menurunkan berat. Saya memang diet bersungguh-sungguh. Latihan fizikal yang saya jalani sekarang pun dah macam atlet. Apa yang pasti, saya tak potong perut,” katanya.

Sementara itu, Shila berkata dia mengurangkan pengambilan gula serta perbanyakkan senaman.  Menurutnya, dia menurunkan berat badan untuk stamina dan kualiti vokalnya apatah lagi konsertnya akan berlangsung pada Ogos depan.

“Saya turun berat badan demi konsert kerana akan menyanyikan 40 lagu. Jadi, saya perlu pastikan stamina dan keadaan fizikal berada pada tahap terbaik. Dengan berat badan sebelum ini, agak sukar untuk saya mengekalkan stamina dan vokal sepanjang persembahan,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia mahu menyasarkan berat badan sekitar 60 kilogram dan dia melihat banyak perubahan meskipun berat turun 5 kilogram.

“Saya sasarkan berat badan seperti ketika mula bertapak di China kira-kira 10 tahun lalu, iaitu sekitar 60 kilogram. Rangka badan saya besar. 

“Kalau turun lima kilogram pun memang nampak sangat perubahannya. Pada masa sama, suami saya lapan tahun lebih muda. Takkanlah saya nak cepat nampak tua. Jadi, inilah cara saya untuk nampak lebih muda,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×