Pelakon Izara Aishah tampil menjawab dakwaan seorang individu yang menuduhnya bersikap sombong ketika menghadiri konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu itu mendakwa Izara menjeling ketika dia mahu masuk ke dalam lif. Menurutnya, ketika itu Izara sedang melakukan sesi fotoshoot di dalam lif berkenaan.
BACA: Izara Aishah Kongsi Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima

Menjawab dakwaan indvidu berkenaan, Izara menafikan tuduhan tidak benarkan untuk masuk ke dalam lif dan sekiranya lif terbuka ketika dia sedang bergambar kebiasaannya dia akan rasa terkejut atau malu.
“Tak bagi masuk lift pula. Fitnah apa ini. Selalu kalau kantoi pintu lift terbukak masa tengah beria posing, saya akan terkejut dan malu tak tau nak letak muka kat mana. Saya hanya mampu tengok dinding.” Selalu yang akan kena jeling dengan saya ialah crew saya,” katanya.
Dalam pada itu, Izara turut meluahkan rasa hairan apabila individu tersebut mendakwa mengenalinya, namun masih mempersoalkan siapa dirinya.
“Jangan la sombong, tau la saya izara Aishah sahaja tapi bila dah kenal saya siapa, kenapa tanya lagi “kau siapa”. Kau itu siapa yang aku nak bersombong-sombong,” katanya.