Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan kisah lucu mengenai hadiah pemberiannya kepada tunang, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi sesi siaran langsung semalam, Bella berkata dia menyedari tunangnya memakai tali leher yang dihadiahkannya setiap kali ke mahkamah.

BACA: “Sekarang Kita Boleh Ikat Bunga Telur, Bella Layak Jadi Menantu Saya” – Ibu Syed Saddiq

Kata Bella lagi, dia menyedari perkara itu selepas melihat semula video tunangnya ke mahkamah dan Saddiq sering bertanyakan mengenai tali leher yang dipakainya.

“Setiap kali YB pergi mahkamah, kalau awak semua perasan..cantik tak tali leher dia? Sebenarnya saya pun tak perasan sebelum ini. Saya hargai sangat, sebab rupanya setiap kali pergi mahkamah awak pakai tali leher yang saya berikan.

“Patutlah dia selalu tanya, ‘cantik tak tali leher?’. Barulah saya tengok balik video-video dan teringat saya beli di mana tali leher itu semua,” katanya.

Mendengarkan pendedahan Bella itu, Syed Saddiq mengusik tunangnya meskipun lupa namun dia tidak merajuk.

“Nampak tak? Dia sendiri lupa hadiah yang dibagi. Saya tak merajuk, saya ‘chill’ saja,” katanya.

Semalam, pasangan itu memaklumkan tarikh pernikahan mereka sudah pun ditetapkan namun bakal diumumkan tidak lama lagi.

×