Rosmah Mansor Saman Harith Iskander, Dakwa Disamakan Dengan Makhluk Seram

Pelakon dan pelawak Harith Iskander disaman oleh Datin Seri Rosmah Mansor didakwa menghina rupa paras isteri bekas Perdana Menteri itu dalam satu persembahan komedi pada Januari lalu.

Memetik Utusan, Rosmah memfailkan samannya itu mendakwa pelawak itu memaparkan imej makhluk halus, sebelum memaparkan gambarnya ketika persembahan.

BACA: Harith Iskander, Cecelia Yap Dikompaun RM10,000 Seorang

Menurut Rosmah, tindakan paparkan gambarnya selepas merujuk kepada makhluk mitologi seram itu mempunyai maksud tersurat atau tersirat bahawa beliau merupakan individu menakutkan dan hina. 

Sementara itu Rosmah turut mendakwa perbandingan itu seolah penghinaan terhadap rupa paras serta memberi gambaran dirinya tidak layak dihormati.

Rosmah berkata, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303 yang memuat naik dua rakaman persembahan berkenaan. 

Rosmah memohon ganti rugi am, teruk dan teladan yang akan ditentukan oleh Mahkamah serta faedah lima peratus setahun atas setiap ganti rugi yang ditaksirkan. Rosmah turut memohon satu permohonan maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar dan media sosial pilihan plaintif. 

Sumber: Utusan

×