Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa gembira dapat menyambut raya bersama anaknya, Hawra Uqaira.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal memuat naik gambar bersama anaknya sera mengucapkan selamat hari raya buat pengikutnya.

BACA: Fazura Puji Kamal Adli Belikan Baju Raya Buat Uqasha, Hawra

Dalam hantaran berkenaan, Kamal turut mengucapkan terima kasih buat Uqasha Senrose kerana siapkan sepasang baju kurung cantik buat anak mereka.

“Selamat hari raya Aidilfitri rakyat dari ayah dan Hawra Uqaira. Maaf zahir dan batin. Alhamdulillah yeay. Thank you so much ibu siapkan baju kurung lawo. Saya happy, rakyat happy tak,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat Kamal meluangkan masa bersama anaknya.

×