Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan reaksinya melihat anak perempuannya menindik di bahagian kening.

Menerusi perkongsian di Threads, Syahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera berkata anaknya kini semakin dewasa dan mula membuat keputusan sendiri.

BACA: Sharifah Shahirah Sokong Minat Auddra Jadi Artis

Perkongsian Shiera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat semua remaja akan berada di fasa tersebut yang mahu mencuba semua benda namun pada akhirnya akan tahu mana yang baik dan buruk.

Sementara itu, ada yang mengatakan anak perempuannya itu seiras bapanya iaitu pelakon Ijoy serta ada yang mengatakan seperti Ijoy tetapi versi perempuan.

×